RUMAH sepatutnya menjadi tempat berteduh dan berlindung buat setiap individu.
Namun berbeza pula buat seorang gadis berasal dari Madiun, Jawa Timur, Indonesia apabila dirinya hanya dijadikan sebagai bahan pelepas nafsu serakah tiga lelaki durjana.
Remaja berusia 17 tahun itu dipercayai diperkosa oleh darah dagingnya sendiri termasuk bapa, bapa saudara dan datuknya.
Akibat tidak tahan dengan serangan seksual yang dihadapinya, mangsa meluahkan rahsia tersebut terhadap ibunya, sebelum dia dibawa ke balai polis untuk membuat laporan pada 23 Oktober lalu.
Difahamkan, ibu bapa mangsa sudah pun bercerai, dan kini dia menetap bersama bapa kandungnya itu.
Menceritakan kejadian sebenar kepada pihak berkuasa, remaja berkenaan mengakui ketiga-tiga suspek merogolnya secara bergilir-gilir sebanyak beberapa kali.
Pada mulanya, mangsa dirogol oleh datuknya ketika dia sedang tidur pada waktu siang.
"Atuk masuk ke bilik dan merogol saya kira-kira pukul 12 tengah hari. Pakcik pula akan datang sekitar 10 malam, manakala ayah pukul 4.30 pagi, sebelum subuh," katanya sambil menambah, kegiatan itu dilakukan setiap hari sejak 1 hingga 5 Ogos lalu.
Dia enggan melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatan nyawanya.
"Kenapa tak melawan? Sebab saya diugut akan dipukul dan dibunuh (jika bongkarkan perkara ini kepada orang lain)," ujarnya sambil menahan sebak.
Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri dan berpindah dari masjid ke masjid, sehingga dibantu oleh orang awam yang ditemuinya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram