[VIDEO] Bengang asyik diejek cuma tahu makan tidur, abang tikam adik perempuan berulang kali sampai hilang nyawa


  • Benua
  • Khamis, 26 Okt 2023

Suspek didakwa mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah atas kesalahan pembunuhan secara niat ke atas adik perempuannya di Bekasi, Indonesia pada Khamis lalu.

SEORANG lelaki melakukan pembunuhan kejam dengan menikam berulang kali ke atas adik perempuannya di Kampung Pilar, Kampung Cikarang Kota, Cikarang Utara, Bekasi, Indonesia.

Pembunuhan itu mengundang kekecohan dalam kalangan penduduk setempat ketika dilakukan oleh Firman, 36, terhadap adik perempuannya, Dewi Alias, 25, pada Khamis.

Ketua Polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Polis Twedi Aditya Bennyahdi mendedahkan motif pelaku melakukan pembunuhan itu kerana berasa sakit hati dan tersinggung dengan kata-kata mangsa yang dianggap menjatuhkan maruahnya.

Mangsa dikatakan sering mengejek Firman tidak berbuat apa-apa dan hanya makan dan tidur di rumah.

“Firman menikam adiknya berkali-kali kerana tersinggung dengan kata-kata mangsa terhadapnya,” katanya pada sidang media di Cikarang, Indonesia pada Rabu.

Menurut Twedi, pelaku pada masa kejadian sedang mengupas buah dengan terlalu beremosi sehingga akhirnya memiliki niat untuk menamatkan nyawa adiknya sendiri dengan pisau dapur.

"Mangsa berkata, 'Awak dah besar, makan dan tidur sahaja', itu yang mencetuskan pelaku untuk marah dan melakukan penderaan itu," kata polis.

Twedi berkata, ketika kejadian, mangsa tidak sempat melarikan diri atau bergaduh kerana abangnya bertindak menikam secara membuta tuli di beberapa badan mangsa.

Mangsa mengalami kesan tikaman di dada kanan, dada kiri, bawah ketiak kiri, tiga tikaman di bahu kiri, dua tikaman di pinggang kiri, dua tikaman di pinggul kiri, dan di kaki kiri.

Disebabkan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta, Indonesia namun akhirnya disahkan meninggal dunia sebelum dibedah siasat.

Mengulas lanjut, kata Twedi, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman di paru-paru.

Sementara itu, pelaku ditahan penduduk dan Unit Siasatan Jenayah untuk diserahkan kepada Polis Cikarang Utara, Bekasi, Indonesia. bagi proses selanjutnya.

Antara barang yang diambil adalah sebilah pisau dapur, sehelai baju berkotak- kotak berwarna coklat dan sejumlah pakaian milik mangsa.

Menurut Twedi, pelaku didakwa mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah iaitu kesalahan membunuh secara niat dan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram