[VIDEO] Wanita cemas kena ganggu lelaki 'creepy', diekori sampai sanggup lintas landasan kereta api


  • Benua
  • Selasa, 24 Okt 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki melintas landasan kereta api untuk mengekori wanita di London, United Kingdom.

SEORANG lelaki tertangkap apabila apabila perbuatannya mengekori seorang wanita dapat dihidu selepas dia sanggup melintas landasan kereta api di London, United Kingdom baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter (X) oleh @tiandemi pada Ahad, seorang lelaki dilihat cuba menganggu wanita yang sedang merakam video tersebut.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan, kejadian tersebut berlaku di stesen kereta api di London ketika wanita terbabit sedang berjalan seorang diri.

Dalam klip berdurasi hampir satu minit itu, wanita yang sempat merakam kejadian itu dilihat berang dan cemas dengan perbuatan lelaki terbabit dan cuba untuk mengusirnya berulang kali.

"Bolehkah awak tinggalkan saya sendiri? Saya tidak mahu bercakap dengan awak, saya tidak kenal awak," katanya.

Walaupun sudah ditegaskan berulang kali, lelaki tersebut seolah-olah tidak takut dan terus berjalan mendekati kamera milik wanita itu.

Pada masa sama, lelaki tersebut dilihat terus mengekorinya sehingga ke tangga dan mengugut untuk mengambil telefonnya sebelum video tersebut dihentikan.

Sementara itu, video yang mempunyai sebanyak 8.3 juta tontonan itu juga meraih perhatian ramai termasuk pihak polis.

Polis Pengangkutan Biritish berkata, pihaknya memohon maaf terhadap kejadian yang menimpa wanita tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan.

“Maaf atas apa yang berlaku. Setiap individu mempunyai hak untuk mengembara tanpa gangguan. Kami mengambil maklum tentang video tersebut dan sedang menjalankan siasatan.

“Jika anda adalah mangsa atau mempunyai sebarang maklumat, laporkan kepada kami," tulisnya di ruangan komen video tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram