SEORANG wartawan agensi media antarabangsa, Reuters terbunuh manakala enam wartawan lain cedera di selatan Lubnan pada Jumaat selepas peluru berpandu dilepaskan dari arah Israel mengenai mereka.
Perkara itu dimaklumkan oleh juruvideo Reuters yang berada di tempat kejadian.
Kumpulan wartawan yang berada di lokasi termasuk daripada Al Jazeera dan AFP dilaporkan sedang membuat liputan berhampiran Alma al-Shaab, kawasan dekat sempadan Israel yang menyaksikan berlakunya pertempuran anntara tentera Isral dan kumpulan Hezbollah dari Lubnan.
Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati dan ahli parlimen Hezbollah menyalahkan Israel ekoran insiden tersebut.
Sementara itu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung tragedi berkenaan.
Namun, dalam taklimat yang diberikan pada Jumaat, Utusan Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan kerajaannya akan melakukan siasatan berhubung
"Jelas sekali, kami tidak akan sekali-kali mahu membunuh atau menembak mana-mana wartawan yang menjalankan tugasnya.
"Tetapi seperti yang diketahui, kami berada dalam situasiperang. Pelbagai perkara mungkin berlaku." ujarnya.
Reuters dalam satu kenyataan berkata, Issam Abdallah terbunuh ketika memberikan siaran video secara langsung kepada rakan penyiarnya.
WARNING: GRAPHIC CONTENT
Reuters videographer Issam Abdallah was killed while working in southern Lebanon on Friday. Issam was part of a Reuters crew providing a live video signal https://t.co/r6BHxuSROn pic.twitter.com/DZLyIZAzbo
— Reuters (@Reuters) October 13, 2023
Pada waktu kejadian, kamera tersebut sedang diarahkan ke lereng bukit apabila letupan kuat tiba-tiba menggegarkan rakaman tersebut dengan asap kemudiannya dilihat memenuhi ruang udara di samping kedengaran suara jeritan.
"Kami amat bersedih apabila mengetahui kematian juruvideo kami, Issam Abdallah.
"Kami segera mencari lebih banyak maklumat, bekerjasama dengan pihak berkuasa di rantau ini, dan menyokong keluarga dan rakan sekerja Issam." kata Reuters.
Dua lagi wartawan agensi berita tersebut , Thaer Al-Sudani dan Maher Nazeh yang cedera dalam kejadian itu sudah pun keluar dari hospital selepas menerima rawatan perubatan.
Nazeh berkata, Reuters dan pekerja daripada agensi media lain sedang merakam tembakan peluru berpandu yang datang dari arah Israel apabila salah satunya mengenai Abdallah yang sedang duduk di atas tembok batu rendah berhampiran kumpulan wartawan terbabit.
Wartawan Reuters, Issam Abdallah yang terbunuh dalam insiden serangan pada Jumaat. — Reuters
Beberapa saat kemudian, peluru berpandu lain turut mengenai kereta yang digunakan oleh kumpulan itu dan menyebabkannya terbakar.
Walaupun saluran agensi berita lain termasuk AP dan Al Jazeera melaporkan peluru berpandu itu adalah milik Israel, Reuters tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.
Sementara itu, agensi berita, Al Jazeera menyatakan secara tegas bahawa insiden yang menyaksikan dua wartawannya tercedera itu berpunca daripada tindakan ketenteraan daripada pihak Israel.
Katanya, kumpulan tersebut secara jelas memakai pakaian dan kelengkapan yang memaparkannya terdiri daripada petugas media.
"Kenderaan yang membawa alat penyiaran itu dibom dan dibakar sepenuhnya walaupun pasukan kami berada berdekatan dan berdampingan dengan seluruh kru media antarabangsa di lokasi yang dipersetujui," kata Al Jazeera dalam satu kenyataan.
Kampung Alma Al-Shaab sudah menjadi lokasi pertempuran sejak meletusnya perang di kawasan lebih selatan wilayahj bergolak itu antara Israel dan Hamas yang mempunyai hubungan rapat dengan Hezbollah.
Pada Sabtu lalu, pasukan pejuang Hamas melancarkan besar-besaran ke atas orang awam dan tentera Israel sehingga mencetuskan reaksi tindak balas daripada Israel yang melakukan pengeboman ke atas Gaza. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram