[VIDEO] Gelandangan kena pukul polis dengan raket tenis, tak mengaku pecah kereta


  • Benua
  • Rabu, 11 Okt 2023

Tangkap layar video memaparkan detik-detik operasi penangkapan O'Donnell di Florida, Amerika Syarikat pada 8 April lepas.

SATU insiden membabitkan seorang gelandangan lelaki yang dipukul oleh seorang anggota polis Daytona Beach, Florida, Amerika Syarikat yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memecah sebuah kereta, akan dilepaskan jika dapat memenuhi syarat perjanjian rayuan yang diperintahkan oleh Mahkamah Veteran pada Rabu.

Insiden yang dilaporkan berlaku pada 8 April itu juga sempat dirakam oleh seorang lagi anggota polis Daytona Beach ketika sedang menjalankan tugas.

Menerusi video yang kembali tular di media sosial sejak Rabu itu, dua anggota polis Daytona Beach ketika itu ditugaskan ke sebuah premis pengedar Toyota di North Nova Road selepas mendapat laporan tentang kejadiah pecah kereta di kawasan sekitar itu.

Pada masa yang sama, dua anggota terbabit iaitu Aurien Fletcher dan anggota K-9 Joshua Martin bersama seekor anjing K-9 atau dikenali sebagai K-9 Vezer mengejar suspek bernama Richard O'Donnell, 57, sebelum memukulnya dengan sebatang raket tenis.

Dalam video tersebut, O'Donnell yang dilihat berlumuran darah di muka itu masih cuba untuk melawan dan tidak mendengar arahan anggota yang bertugas ketika operasi penangkapan tersebut.

Semasa operasi, Martin turut mengarahkan O'Donnell untuk menyerah diri sebanyak tiga kali namun tidak dipedulikan sekali gus membuatnya bertindak untuk melepaskan anjing tersebut ke arah suspek.

Tidak membuang masa, Martin terus berlari dan berjaya menahan suspek sebelum memukulnya dengan sebatang raket tenis di lokasi kejadian.

Leftenan Polis Daytona Beach, Richard Maher berkata, kekerasan yang dilakukan oleh Martin dengan memukul menggunakan raket itu sebagai pengganti senjata yang memberi impak kepada suspek beberapa kali di kepala dan bahu.

"Menggunakan anjing merupakan prosedur operasi biasa untuk jenis jenayah yang berlaku ini.

"O'Donnell tidak mengendahkan arahan polis dan menunjukkan keagresifan yang tinggi dan anjing K-9 itu telah dilepaskan untuk membantu proses penangkapan.

"Suspek secara agresif menggunakan raket terhadap Vezer sambil menendangnya dan kemudian membuat percubaan untuk mencekik K-9 dengan meletakkan kedua-dua kaki dan lengannya di leher anjing itu di mana ia satu tindakan yang boleh membawa maut.

"Menggunakan raket tenis untuk membuat O'Donnell melepaskan adalah pilihan paling selamat untuk semua yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, O'Donnell yang didakwa memecah masuk kereta, melawan seorang anggota polis termasuk kesalahan menyentuh atau menyebabkan kecederaan kepada anjing polis dilaporkan telah menandatangani perjanjian itu pada Jumaat.

Susulan itu, O'Donnell yang tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 79 hari, bermula daripada tarikh tangkapan.

Dalam pada itu, jika O'Donnell dapat melengkapkan perjanjian itu selama 24 bulan, Pejabat Peguam Negara akan menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Berikut merupakan perjanjian dan syarat yang dikenakan kepada O'Donnell:

1. Dia tidak boleh melanggar mana-mana undang-undang jenayah sepanjang tempoh perjanjian.

2. Dia dilarang menggunakan alkohol atau dadah.

3. Dia tertakluk kepada ujian air kencing secara rawak dua minggu sekali.

4. Dia tidak boleh pergi ke bar atau kedai arak.

5. Dia tidak boleh memiliki atau memiliki senjata api atau peluru.

6. Dia mesti menjalani penilaian kesihatan mental dan rawatan lengkap.

7. Dia mesti menjalani penilaian penyalahgunaan bahan dan rawatan lengkap.

Pada masa yang sama, O'Donnell juga dikehendaki untuk membayar $100 (RM472) kepada Pejabat Peguam Negara untuk kos pendakwaan dan $100 (RM472) lagi kepada pihak Polis Daytona untuk kos siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram