POLIS akhirnya mengeluarkan rakaman video pada Selasa mengenai dua lelaki yang ditahan pihak polis atas kesalahan memiliki dadah yang dipercayai berlaku di Swansea, Wales, United Kingdom.
Rakaman berdurasi 36 saat itu memaparkan aksi antara polis dan kedua-dua suspek di sebuah tempat kereta dalam kejadian pada Mei lalu.
Pelaku juga bertindak memandu secara bahaya melebihi had laju untuk melarikan diri.
Akibat tidak berjaya meloloskan diri, pesalah bertindak pula merempuh kenderaan polis yang berada dalam tugas risikan dan penyamaran (undercover police) di tempat letak kereta itu.
Suspek juga bertindak agresif di atas kereta dan cuba melawan.
Dua lelaki itu akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas dikepung ketika itu.
Dua jenis dadah iaitu retak kokain dan heroin bernilai £11,000 (bersamaan RM62782.66) ditemui di dalam kereta lelaki itu ketika mereka ditahan, menurut polis.
Menurut Polis South Wales Swansea dan Neath Port Talbot, pesalah itu didapati bersalah atas kesalahan memiliki dadah dan memandu secara melulu.
Mengulas lanjut, dua lelaki itu berusia 20 dan 21, dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun selepas didapati bersalah memiliki niat untuk membekalkan dadah Kelas A pada September lepas.
Walaubagaimanapun, nama penuh pelaku belum didedahkan pihak polis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram