[VIDEO] Pemandu SUV ditahan lepas sengaja rempuh garaj rumah, balai polis


  • Benua
  • Isnin, 02 Okt 2023

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki dipenjarakan selepas didakwa dengan sengaja memandu SUV ke dalam rumah dan balai polis

SEORANG lelaki berusia 34 tahun ditahan pihak berkuasa selepas didakwa dengan sengaja memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam keadaan bahaya sambil memasang lagu bertajuk Guns N' Roses, 'Welcome to the Jungle'.

Pemandu lelaki yang bernama John G Hargreaves itu ditangkap selepas kenderaan miliknya merempuh lobi Jabatan Polis Perbandaran Kemerdekaan.

Menurut Pendakwa Raya Wilayah Warren, James Pfeiffer, selepas melanggar kawasan berkenaan, lelaki itu keluar dari kereta tersebut dengan tangan dan jari telunjuk diangkat seolah-olah meraikan satu pendaratan yang 'cantik'.

Perlanggaran yang berlaku pada 20 September itu menyebabkan balai polis berkenaan mengalami kerosakan yang agak teruk.

Menurut Pfeiffer, beberapa minit sebelum merempuh balai polis tersebut, Hargreaves didakwa merempuh pintu garaj sebuah rumah di Perbandaran Liberty berhampiran, New Jersey, New York.

"Siasatan menunjukkan defendan dengan sengaja merempuh SUV Toyota emas miliknya ke dalam garaj kediaman persendirian kira-kira pukul 6.17 petang dengan tujuan menakut-nakutkan pemilik rumah yang dikenalinya," katanya.

Hargreaves disyaki merempuh balai polis berkenaan kerana ia merupakan kemudahan bangunan penguatkuasaan undang-undang yang terdekat dengan Perbandaran Libertyl.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua kejadian. —Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram