SEKUMPULAN peniaga di Pasar Tanah Abang Blok B, Jakarta Pusat Pusat, Indonesia menjalankan protes dan meminta kerajaan menutup platform TikTok Shop.
Mereka berbuat sedemikian ketika Menteri Koperasi serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Teten Masduki berkunjung ke pasar tersebut pada Selasa.
Berdasarkan tinjauan CNNIndonesia.com, para peniaga yang menjual barangan seperti pakaian di Pasar Tanah Abang memasang sepanduk antaranya bertulis 'Tolong pak, TikTok ditutup pak', 'Tolong hapus TikTok Shop', dan 'Kembalikan senyum pedagang'.
Salah seorang peniaga, Anton ketika ditemu bual berkata, platform TikTok Shop itu menyebabkan kebanyakan peniaga sepertinya mengalami kerugian.
"Barangan yang dijual di platform tersebut jauh lebih murah.
"Contoh, saya menjual jubah dengan harga 100,000 Rupiah (RM30.49) tetapi di platform TikTok Shop, jubah tersebut dijual dengan harga 39,000 Rupiah (RM11.89).
Pelanggan lebih suka membeli di platform TikTok Shop kerana harganya yang jauh lebih murah. — Agensi
"Saya pelik kenapa harga di platform tersebut jauh lebih murah sedangkan material dan bahan yang dijual yang digunakan sama," katanya kepada wartawan.
Tambah Anton lagi, dia tidak mampu menjual barang di kedainya dengan harga yang murah seperti di platform tersebut kerana akan menyebabkan kerugian.
Namun begitu, permintaan para peniaga tersebut ditolak oleh Teten walaupun sebelum ini dia pernah mengeluarkan kenyataan Indonesia seharusnya berani mencontohi Amerika Syarikat (AS) melarang TikTok menggunakan aplikasi tersebut untuk berniaga.
"India pun berani menolak TikTok, kenapa kita tak boleh? Amerika juga melarang TikTok. Jualannya boleh, tapi tidak boleh disatukan dengan media sosial.
"Menerusi kajian, pengguna berbelanja dalam talian kerana dipengaruhi perbincangan di media sosial.
"Apa lagi nanti payment system menggunakan (via TikTok), pembiayaan, logistiknya mereka semua. Ini monopoli," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram