Jejas kehidupan rakyat, kerajaan Indonesia digesa tangguh projek Eco City Rempang


Penduduk Rempang membantah projek Rempang Eco City kerana dikhuatiri menjejaskan kesejahteraan masyarakat setempat. — Agensi

DEWAN Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia mendesak agar projek Eco City yang bakal dibina di Pulau Rempang ditangguhkan kerana menjejaskan kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut.

Anggota Kommisi VI DPR RI Fraksi Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Amin Ak mendesak kerajaan untuk menunda Projek Strategis Nasional (PSN) Rempang Eco City pada Isnin.

"PSN Rempang Eco City berpotensi untuk merampas kesejahteraan hidup masyarakat," katanya.

Selain itu, Amin juga menyatakan bahawa kerajaan perlu menghentikan arahan untuk pengosongan kawasan sehingga mencapai kata sepakat antara Badan Pengusahaan (BP) Batam dan pelabur untuk mendapatkan penyelasaian baik bagi penduduk tempatan.

Amin berkata, penduduk di kawasan tersebut sememangnya tidak bersikap anti pelaburan malah mereka hanya memperjuangkan hak mereka ke atas kawasan yang sudah dihuni sejak turun-temurun lagi.

"Kerana ini saya mendesak agar PSN di Pulau Rempang ini ditangguhkan sehingga mencapai kata sepakat yang adil bagi seluruh rakyat di sini.

"Selama penangguhan itu dilakukan, perlunya ada kajian lanjut yang melibatkan Lembaga Independen serta Badan Pemeriksa Keuangan (BPK) atau Badan Pengawasan Keuangan dan Pembanguna (BPKP) untuk mengaudit kelayakan PSN Rempang Eco City," katanya.

Amin turut mengatakan bahawa pelaburan seharusnya bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat, bukan pelabur.

"Kerjaan seharusnya memastikan jaminan dan perlindungan kepada penduduk tempatan.

Terdahulu, Pulau Rempang bakal dinaik taraf menjadi Rempang Eco City iaitu sebuah kawasan perindustrian dan perdagangan.

Projek ini juga dilaporkan telah diutarakan di Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Republik Indonesia pada 12 April 2023 dan nilai pelaburannya adalah sebanyak 381 trilion rupiah (RM116.4 bilion) pada tahun 2080.

Bagaimanapun, projek tersebut telah menimbulkan konflik dan rusuhan di hadapan pejabat BP Batam dalam kalangan penduduk di Pulau Rempang itu pada 11 September 2023. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan