
SEKURANG-KURANGNYA 14 orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Barcelos, bandar di pedalaman Amazonas di utara Brazil pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan.
Gabenor Amazonas Wilson Lima berkata, mangsa terdiri daripada pelancong yang dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti memancing.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, kesemua pelancong itu merupakan warga tempatan.
Laporan media Brazil juga menyatakan tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.
Dilaporkan bahawa juruterbang menghadapi masalah mencari landasan untuk mendarat di Barcelos, destinasi kegemaran penggemar aktiviti memancing.
Pesawat ringan itu dinaiki pelancong yang merupakan warga tempatan.
Syarikat penerbangan Manaus Aerotaxi dalam satu kenyataan di media sosial tampil mengesahkan nahas tersebut.
Menurut Datuk Bandar Barcelos Edson Mendes, pasukan Pertahanan Awam menjumpai 14 mayat, termasuk 12 penumpang, juruterbang dan pembantu juruterbang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram