SEBUAH majlis dedah jantina bayi yang dianjurkan pasangan suami isteri di San Pedro, Mexico bertukar tragedi selepas sebuah sebuah pesawat kecil yang digunakan untuk parti berkenaan terhempas pada Ahad.
Lebih mengejutkan, pesawat jenis Piper PA-25 terhempas di hadapan mereka serta tetamu undangan selepas juruterbang tersebut melakukan aksi mengeluarkan asap bewarna merah jambu dari pesawat itu.
Malah, juruterbang yang mengendalikan kapal terbang tersebut juga meninggal dunia ekoran cedera parah.
Video tragedi malang itu juga turut tular di Twitter(X).
Melalui rakaman berdurasi 13 saat itu memaparkan pasangan terbabit sedang menunggu tersenyum dan berpegangan tangan di hadapan papan tanda yang berbunyi, 'Oh Baby" sebelum pesawat itu hilang kawalan dan terhempas di hadapan mereka.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ekoran daripadan sayap kanan pesawat yang tidak berfungsi sehingga menyebabkan juruterbang tersebut gagal mengawal pesawatnya.
Memetik laporan media antarabangsa Express.co.uk, juruterbang berusia 32 tahun itu, bernama Luis Angel N., kemudian ditemui terbaring di dalam serpihan pesawat sebelum dia dikejarkan ke hospital lalu disahkan meninggal dunia.
Setakat berita ini ditulis, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa melibatkan tetamu majlis tersebut dilaporkan media tempatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram