[VIDEO] Pertunjukan udara di Itali bertukar tragedi, pesawat terhempas ragut nyawa budak perempuan


  • Benua
  • Ahad, 17 Sep 2023

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut apabila pesawat Tentera Udara Itali terhempas semasa membuat penerbangan akrobatik berhampiran ruang udara di Turin pada Sabtu. — Agensi

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut apabila pesawat Tentera Udara Itali terhempas semasa membuat penerbangan akrobatik berhampiran ruang udara di Turin, Itali lapor Agensi Berita dpa, memetik laporan.

Juruterbang berjaya melenting keluar dari pesawat dan terselamat, lapor ANSA pada Sabtu.

Ibu bapa kanak-kanak yang maut dan seorang budak lelaki berusia 9 tahun telah dimasukkan ke hospital Turin akibat melecur.

Kejadian itu berlaku semasa pasukan aerobatik Tentera Udara Itali membuat pertunjukkan udara Frecce Tricolori, sempena ulang tahun ke-100 pasukan itu pada Ahad.

Pesawat itu dilaporkan terhempas sejurus berlepas. Sebuah video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pesawat itu tersasar daripada kelompok pesawat yang lain sebelum terhempas dan terbakar.

Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Pesawat itu dipercayai melanggar sekumpulan burung dan juruterbang mungkin hilang kawalan, menurut akhbar La Stampa. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram