Empat negara tawar khidmat pasukan SAR bantu Maghribi


  • Benua
  • Isnin, 11 Sep 2023

Keadaan penduduk selepas kejadian gempa bumi berskala Richter 7.0 di Maghribi.

MAGHRIBI menerima tawaran bantuan daripada Sepanyol, United Kingdom, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) susulan gempa bumi 7.0 skala Richter 7.0 yang berlaku Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kementerian Dalam Negeri Maghribi memaklumkan negara itu telah menerima tawaran daripada empat negara untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Pihak berkuasa menilai dengan teliti keperluan rakyat dan negara berkenaan, dengan mengambil kira kemungkinan akibat kekurangan penyelarasan dalam situasi sedemikian berdasarkan kenyataan media antarabangsa.

Pasukan SAR tiba di negara itu pada Ahad untuk menyokong pasukan Maghribi, dan tawaran sokongan daripada negara sahabat lain boleh diterima berdasarkan keperluan di lapangan, demikian menurut kenyataan itu.

Maghribi turut melahirkan rasa berterima kasih atas inisiatif yang dihulurkan oleh pelbagai negara.

Sekurang-kurangnya 2,122 orang terbunuh manakala 2,421 yang lain cedera apabila gempa bumi yang melanda Maghribi itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram