Akibat murung melampau, guru mangsa gempa bumi Turkiye tamatkan riwayat bersama anak remaja


  • Benua
  • Khamis, 11 Mei 2023

Ferit (tengah) bersama keluarganya sebelum gempa bumi meragut nyawa isteri dan dua orang anaknya. — Agensi

RASA sedih dan kemurungan melampau mendorong seorang bapa bertindak mengorbankan anak perempuannya pada 27 April lalu setelah kehilangan isteri dan dua anak lain dalam tragedi gempa bumi di Turkiye pada Februari lalu.

Tragedi itu telah meragut nyawa isterinya, Feray dan dua anaknya, Alperen dan Azra Beril.

Menurut sebuah portal berita, lelaki yang dikenali sebagai Ferit Dayan yang juga seorang guru sekolah menengah bertindak menembak Asya Irem Dayan, 12, di kepala.

Sebelum kejadian, Asya sedang bermain di taman baharu rumah mereka sebelum dipanggil Ferit yang kemudiannya melepaskan tembakan di kepala kanak-kanak tersebut.

Bunyi tembakan itu didengari oleh jiran yang menyebabkan pihak polis serta pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

WhatsApp Image 2023-05-11 at 4.05.06 PM

Tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria mengorbankkan lebih 50,000 nyawa. — Agensi

Mengulas lanjut, Asya yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Besni State Hospital dan seterusnya Adiyaman Education and Research Hospital.

Namun, Asya disahkan meninggal dunia ketika ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital tersebut.

Media sebelum ini melaporkan tragedi gempa bumi di Turkiye dan sebahagian Syria mengorbankkan lebih 50,000 nyawa.

Insiden tersebut turut memusnahkan kira-kira 214,000 bangunan melibatkan 18 juta penduduk terkesan dan hilang tempat tinggal. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram