PADAH membuat aksi berbahaya di persimpangan barat laut Atlanta,Georgia Amerika Syarikat sehingga melanggar orang awam pada waktu puncak baru-baru ini, seorang lelaki akhirnya ditahan polis.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian itu disedari oleh seorang peronda polis yang berada di lokasi berkenaan.
"Ketika itu, persimpangan 17th Street dan Northside Drive telah dan pegawai berkenaan menyedari sebuah kenderaan jenis Ford F150 hitam sedang membuat aksi berbahaya dengan melakukan pusingan 'donat' di persimpangan itu.
"Pegawai tersebut kemudiannya mengaktifkan peralatan kecemasan dan apabila menyedari ada polis di tempat kejadian, pemandu itu cuba melarikan diri sebelum melanggar beberapa pejalan kaki.
"Berlaku aksi kejar mengejar di antara kereta peronda dan Ford tersebut seperti paparan video yang tular ditularkan," katanya.
Tambahnya lagi, suspek berjaya ditahan dan orang awam yang cedera sudah pun dihantar ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan lanjut.
Suspek kini berada dalam tahanan polis dan akan didakwa dalam masa terdekat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram