[VIDEO] ‘Semuanya di tangan Tuhan’, pemandu wanita mental beritahu polis lepas gilis 7 pejalan kaki


  • Benua
  • Selasa, 22 Ogos 2023

Polis berjaya menahan suspek di Lebuhraya Long Island selepas wanita berkenaan terlibat dalam satu lagi kemalangan. —Agensi

"SEMUANYA di tangan Tuhan," demikian kata suspek langgar langgar lari kemalangan ngeri yang melibatkan beberapa orang awam di Midtown, Amerika Syarikat pada Ahad.

Memetik laporan media antarabangsa New York Post, seramai tujuh pejalan kaki cedera parah selepas dilanggar oleh suspek yang memandu kereta jenis Honda Accord.

Menurut pihak berkuasa tempatan, suspek wanita yang berusia 29 tahun dan tidak didedahkan identitinya itu menghidap masalah mental ketika kejadian.

"Pada waktu kejadian, suspek pada mulanya melanggar lampu merah sebelum merempuh orang awam di persimpangan jalan di West 36th Street dan Sixth Avenue di Manhattan.

" Wanita itu kemudian melarikan diri ke Lebuhraya Long Island berhampiran susur keluar 188th Street di Queens sebelum melanggar dua lagi kenderaan lain.

"Suspek ditahan di tempat kejadian dan kini berada di Long Island Jewish Medical Center untuk penilaian psikiatri," kata jurucakap pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, ketujuh-tujuh mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram