[VIDEO] Berang tidak dibayar upah, kontraktor potong struktur bumbung dengan 'chainsaw'


  • Benua
  • Rabu, 16 Ogos 2023

Tindakan kontraktor tersebut merosakkan binaan tambahan tersebut tular selepas ia dimuat naik ke laman media sosial, Reddit. — Agensi

SEORANG kontraktor rumah bertindak merosakkan binaan tambahan yang dijalankan di sebuah kediaman dengan pemotong gergaji berantai atau 'chainsaw' selepas berang apabila tidak mendapat upah terhadap kerja yang sudah dilaksanakannya.

Insiden mengejutkan itu berlaku di satu kawasan perumahan dekat Swords, Dublin.

Difahamkan, tindakan individu terbabit dibuat selepas dia dikatakan tidak diberikan upah terhadap kerja yang sudah siap dilaksanakannya untuk melakukan binaan tambahan di bahagian laman belakang rumah itu.

Berdasarkan klip berkenaan, kontraktor terbabit dilihat naik ke atas bumbung sebelum memotong bahagian atas binaan berkenaan.

Dalam pada itu, lelaki terbabit dipercayai terlebih dahulu membuat hebahan kepada kejiranan terbabit berkenaan dengan kegagalan pemilik kediaman berkenaan untuk membayar upah terhadap kerja-kerja ubah suai yang dilakukannya.

Papan tanda besar hebahan tersebut diletakkan pada pokok, tiang lampu dan kereta di kawasan kejiranan terbabit.

Rakaman kejadian tersebut tular selepas ia dimuat naik ke laman media sosial, Reddit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram