[VIDEO] Seorang maut, 13 cedera jadi mangsa amukan lelaki hoodie hitam di AK Plaza


  • Benua
  • Khamis, 03 Ogos 2023

Polis menahan suspek berhampiran tempat kejadian pada kira-kira 6.05 petang waktu tempatan dan motif kejadian sedang disiasat. — Agensi

SERAMAI 13 orang cedera dalam kejadian amuk di bandar Seongnam di Seoul, korea Selatan pada Khamis, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia awal 20-an yang memakai hoodie hitam, topi dan cermin mata hitam, mengacukan senjata ke arah pengunjung sebuah gedung serbaneka di Seongnam kira-kira 6 petang waktu tempatan (0900 GMT), menyebabkan sembilan orang cedera ditikam.

Sebelum menikam mangsa, suspek dipercayai memandu kereta ke kaki lima di gedung beli-belah itu dan merempuh serta mencederakan empat pejalan kaki dengan dua daripadanya dilaporkan kritikal.

Polis menahan suspek berhampiran tempat kejadian pada kira-kira 6.05 petang waktu tempatan (0905 GMT) dan motif kejadian sedang disiasat.

Sementara itu, memetik laporan media antarabangsa, pihak berkuasa tempatan mengesahkan seorang individu maut dalam kejadian tersebut.

Polis dalam satu kenyataan juga memaklumkan, seorang suspek sudah ditahan.

Setakat ini, motif serangan belum dikenal pasti.

Serangan itu berlaku berhampiran stesen Seohyeon, kira-kira 20 kilometer dari Seoul lokasi yang mempunyai sebuah gedung serbaneka mega dan rangkaian kedai serta menjadi tempat tinggal mereka yang menggunakan komuter.

Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas satu serangan tikaman yang jarang berlaku di Seoul di mana seorang terbunuh dan tiga lagi cedera. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram