[VIDEO] Bengang kena baling air, Cardi B campak mikrofon dekat penonton


  • Benua
  • Isnin, 31 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan tindakan Cardi B mencampakkan mikrofonnya ketika persembahan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan penonton.

TINDAKAN segelintir peminat mencampakkan minuman ke atas pentas menimbulkan kemarahan penyanyi rap terkenal dari Amerika Syarikat (AS),Cardi B apabila artis tersebut bertindak membalas dengan mencampakkan mikrofonnya kepada penonton.

Insiden tersebut yang berlaku pada Sabtu ketika penyanyi tersebut membuat persembahan di Drai’s Beach Club dekat Las Vegas, AS itu dirakam menerusi satu video yang turut tular di media sosial.

Dalam klip itu, Cardi B dilihat disimbah dengan air minuman ketika sedang melantunkan lagu Bodak Yellow.

Kecewa dengan kejadian itu, dia segera bertindak melemparkan mikrofonnya kepada penonton dengan pasukan pengawal keselamatan didapati segera bergegas ke atas pentas.

Lebih anggota keselematan kemudiannya dilihat berpusu-pusu kepada individu yang berada dalam khalayak itu penyanyi itu dilihat terus berada di atas pentas sebelum meneruskan persembahannya.

Dalam video lain disiarkan ke TikTok pada Sabtu, Cardi B dilihat melemparkan mikrofonnya ke arah DJ yang kelihatan memotong lagunya lebih awal semasa persembahan di Drai's Nightclub pada Jumaat.

Insiden terbaru pada Sabtu adalah bukan kali pertama berlaku kerana beberapa artis terkenal lain seperti Drake, Kelsea Ballerini, Harry Styles dan Bebe Rexha dilaporkan dilaporkan turut pernah menjadi sasaran penonton yang melemparkan objek ke pentas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram