[VIDEO] Ibu pelajar mengamuk ugut repot polis lepas pak guard tegur salah parkir motor


  • Benua
  • Jumaat, 28 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang ibu menengking pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Indonesia kerana masalah parkir.

VIDEO memaparkan seorang wanita yang mengamuk gara-gara ditegur seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Indonesia kerana salah parkir mendatangkan kemarahan warganet.

Berdasarkan rakaman tular tersebut, wanita berkenaan dilihat menjerit-jerit dan memarahi pengawal keselamatan yang dikategorikan sebagai golongan warga emas itu.

Situasi tersebut dipercayai berlaku setelah wanita itu dikatakan tidak berpuas hati apabila pengawal tersebut menegurnya kerana meletakkan motosikal di kawasan yang salah.

Video berdurasi 36 saat itu menunjukkan aksi wanita itu kini tular selepas dimuat naik di pelbagai platform media sosial, antaranya Instagram @ndorobei.official.

"Tetapi kedudukan motosikal ibu itu salah," kata individu lain yang turut berada di lokasi kejadian.

"Memang saya salah, saya nak cepat sebab nak hantar anak," kata wanita itu lagi.

Difahamkan oleh kerana tidak dapat menerima teguran tersebut, ibu itu bertindak melaporkan lelaki terbabit ke pihak polis dan menuduhnya melakukan perbuatan yang kurang menyenangkan.

Malah, wanita berkenaan mendakwa pengawal keselamatan itu berulang kali mengusir anak-anaknya daripada datang ke sekolah itu.

“Berapa kali pakcik mengusir saya, anak saya tidak boleh sekolah di sini,” tanya wanita itu.

Bagaimanapun, setelah kejadian itu tular, muncul satu foto yang menunjukkan wanita dan pengawal tersebut bergambar bersama anggota polis di sekolah berkenaan.

Meskipun tidak ada penjelasan lanjut mengenai gambar tersebut, kedua-dua pihak difahamkan telah berdamai dan tidak memperbesar kes itu. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram