[VIDEO] Padah tidur bawah pokok, pemuda cemas ular tedung 'tumpang' teduh dalam baju


  • Benua
  • Khamis, 27 Jul 2023

Tangkap layar seorang lelaki didatangi seekor ular tedung yang menyelinap masuk ke dalam bajunya di India.

SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila didatangi seekor ular tedung yang menyelinap masuk ke dalam bajunya di India baru-baru ini.

Difahamkan, individu terbabit terlebih dahulu berteduh sebelum tertidur di bawah sebatang pokok besar di sebuah kawasan hutan.

Namun sebaik terjaga, lelaki itu kemudiannya menyedari kewujudan ular tersebut yang sekali gus mengundang rasa gerun serta takut dengan kehadiran haiwan reptilia berkenaan.

Turut disaksikan beberapa individu lain, orang ramai meminta lelaki terbabit untuk bertenang dan tidak menyentuh ular tersebut.

Rakaman tular berdurasi satu minit 28 saat itu kini hangat diperkatakan di laman Twitter.

Kelibat ular itu yang kelihatan di celah butang baju lelaki tersebut nyata mengejutkan individu lain yang menyaksikan hal berkenaan.

Insiden itu walau bagaimanapun berakhir dengan selamat apabila ular tedung berwarna hitam terbabit dilihat keluar daripada baju si mangsa dengan sendirinya.

Akur dengan arahan orang ramai, pemuda itu tidak berganjak dari lokasi berkenaan sehingga hidupan tersebut akhirnya beredar daripada badannya.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dengan kesemua mereka terus beredar dari lokasi itu selepas terselamat daripada serangan ular terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram