SEBUAH pesawat awam membawa 34 penumpang termasuk kru penerbangan, terhempas di Lapangan Terbang Aden Adde, Mogadishu, Somalia pada Selasa.
Difahamkan pesawat Halla Airlines tersebut dalam perjalanan dari Mogadishu ke Garowe.
Memetik laporan media antarabangsa, Aviationsourcenews.com, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan jumlah penumpang yang cedera masih belum dikenal pasti.
Insiden kemalangan tersebut tular di media sosial dan menerusi video 44 saat itu memaparkan pesawat itu cuba melakukan pendaratan namun tergelincir dari landasan.
Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan masih menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.
Untuk rekod, Halla Airlines tersebut adalah milik syarikat penerbangan Somalia yang terletak di Nairobi, Kenya. Ia mula beroperai di pada 2016. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram