POLIS Indonesia menahan tujuh suspek dipercayai terlibat dalam kes buli di Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Indonesia yang tular sejak Jumaat.
Insiden yang dirakam dalam video berdurasi 38 itu mengejutkan warganet di negara itu selepas sekumpulan enam remaja dilihat berada dalam keadaaan ketakutan dan dipaksa mencium kaki beberapa individu lain sambil merangkak.
Seorang individu lain yang tidak dikenali turut menerajang badan dan kepala beberapa remaja terlibat yang dilihat dalam video tular berkenaan.
Ketua Polis Daerah, AKP Hima Rawalasi berkata, hanya seorang daripada ketujuh-tujuh suspek ditangkap itu merupakan individu dewasa berusia 22 tahun manakala yang lain masih berusia di bawah umur.
Pada awalnya, kumpulan remaja berkenaan difahamkan dikejar oleh kesemua suspek ketika sedang menaiki sebuah lori simen.
Ekoran daripada itu, beberapa mangsa dilaporkan melarikan diri ke sebuah vila berdekatan sebelum dapat ditangkap suspek dan diperlakukan seperti dalam video tular tersebut.
“Suspek mengarahkan mangsa mencium kaki, membuat tekan tubi, memukul dengan tali pinggang, menendang badan dan kepala mangsa serta merosakkan motosikal mangsa,” kata Hima dalam satu sidang media pada Sabtu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram