[VIDEO] Gagal ujian memandu, warga emas 'gelabah' rempuh tiang lampu sampai terbalik kereta


  • Benua
  • Sabtu, 10 Jun 2023

Tangkap layar insiden kemalangan melibatkan seorang warga emas di sebuah pusat latihan memandu di United Kingdom, England.

SEORANG pemandu wanita warga emas mengalami kecederaan ringan selepas merempuh tiang lampu jalan ketika menjalani latihan ujian lesen memandu di United Kingdom, England pada Jumaat.

Ketika kejadian, pemanduan wanita itu bermula dengan baik apabila berjaya melepasi beberapa halangan di laluan berkenaan.

Namun, sebaik cuba menaiki kawasan berbukit, kenderaan itu dilihat terus memecut laju sehingga terkeluar daripada landasan selamat yang sekali gus mengakibatkan pelanggaran berlaku di situ.

Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di pusat pengajian kelas memandu tersebut, insiden itu kian tular di laman media.

Susulan kemalangan terbabit, kenderaan itu dilaporkan terbalik dan beberapa anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Wanita berusia 63 tahun itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan lanjut.

Punca kejadian itu masih belum diketahui setakat ini dan rakaman itu tular selepas pengumuman mogok dan rusuhan yang akan dijalankan oleh beberapa tenaga pengajar kelas memandu.

Berkenaan hal terbabit, pihak kerajaan berkata segelintir pemeriksa kelas memandu yang merupakan ahli kesatuan Perkhidmatan Awam dan Komersial (PCS) merancang untuk menjalankan mogok pada Jun nanti.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada perkara yang ingin disuarakan berhubung soal gaji, pencen dan syarat notis pemberhentian kerja.

Justeru, pusat memandu di seluruh United Kingdom, England akan terjejas olehh perkara tersebut yang dijangka berlaku pada 15, 16, 19, 22 dan 23 Jun.

Dalam pada itu, kerajaan mengingatkan orang ramai bahawa bukan semua tenaga pengajar adalah dari persatuan berkenaan dan orang ramai masih boleh membuat permohonan untuk menukar tarikh ujian masing-masing. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram