[VIDEO] Disangka kereta kebal, helikopter Rusia tersilap bedil mesin padi


  • Benua
  • Rabu, 07 Jun 2023

Tangkap layar serangan tentera Rusia yang didakwa berjaya menghancurkan beberapa kereta kebal milik Ukraine.

TENTERA Rusia mendakwa beberapa buah kereta kebal jenis Leapord 2 MBT berjaya dimusnahkan dan seramai 1,500 askar Ukraine terbunuh dalam pertempuran di wilayah Donbas Ukraine-Rusia baru-baru ini.

Malah Kremlin turut menyiarkan rakaman yang menunjukkan tentera negara itu memusnahkan dua buah kereta kebal buatan Jerman tersebut menerusi satu klip pendek.

Namun menurut laporan pro-Ukraine, objek yang ditembak oleh tentera Rusia itu bukanlah kereta kebal seperti yang diperkatakan, sebaiknya ia adalah peralatan perladangan.

Unit helikopter penyerang Ka-52 Rusia sebelum ini yakin bahawa mereka telah mensasarkan dan memusnahkan kereta kebal Leopard 2 yang disalurkan Jerman kepada Ukraine tetapi selepas dilihat secara teliti, rakaman itu jelas menunjukkan bawaha sasaran yang musnah itu merupakan mesin penuai padi dan peralatan penyembur pertanian.

Ukraine Weapons Tracker @UAWeapons di laman Twitter berkata, "Kenderaan yang disasarkan helikopter penyerang Ka-52 bukan kereta kebal tetapi ia sebenarnya adalah peralatan pertanian yang tidak bersalah iaitu penyembur dan mesin penuai padi."

Penasihat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko berkata, objek dalam rakaman itu nyata tidak menyerupai mana-mana kereta kebal.

Sementara itu, warganet di laman Twitter berkata, hasil perbualan kru helikopter berkenaan, mereka berkemungkinan tidak mengenal pasti sasaran sebelum melancarkan tembakan roket. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram