
SEBUAH jambatan dalam pembinaan yang menghubungkan Sultanganj dan Khagaria di Bhagalpur, Bihar, India dilaporkan runtuh secara tiba-tiba pada Ahad.
Difahamkan, insiden itu merupakan kejadian kali kedua berlaku dalam tempoh setahun selepas jambatan tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Nitish Kumar, pada 2014.
Namun, tiada sebarang kematian dicatatkan berlaku dan Nitish Kumar telah mengarahkan siasatan dijalankan ke atas insiden itu selain tindakan tegas juga akan dikenakan kepada pagawai yang didapati bersalah.
"Saya telah menerima maklumat bahawa kira-kira empat hingga lima tiang jambatan yang menghubungkan Aguwani -Sultanganj runtuh ketika kejadian," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Ahli Majlis Perundangan Bihar dari Parti Bharatiya Janata (BJP), Samrat Choudhary mendakwa, insiden itu berlaku akibat kegiatan rasuah yang semakin berleluasa dalam kerajaan Bihar di bawah pimpinan Nitish Kumar.
Terdahulu, pada Disember tahun lalu turut mencatatkan kejadian hampir serupa apabila sebuah jambatan terbelah dua dan runtuh ke dalam sungai Burhi Gnadak di daerah Begusarai juga di Bihar.
Namun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku ketika itu kerana jambatan tersebut masih belum dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
Ia akan dirasmikan tidak lama lagi tetapi telah runtuh lebih awal dari majlis perasmian," kata salah seorang pegawai dalam kejadian terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram