[VIDEO] Jemaah haji usia 95 tahun tiba-tiba minta turun pesawat sebab lupa beri ayam di kampung makan


  • Benua
  • Ahad, 04 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan Abah Juhani meminta izin pramugari untuk turun dari pesawat untuk memberi ayam makan.

GARA-GARA terlupa memberi ayam ternakannya makan, seorang jemaah haji berasal dari Majalengka, Jawa Barat, Indonesia meminta izin untuk turun dari pesawat yang dalam perjalanan menuju ke Tanah Suci Mekah.

Difahamkan, jemaah berusia 95 tahun bernama Abah Juhani itu mengalami penyakit demensia.

Video berdurasi 32 saat itu dimuat naik di laman Facebook Yuyud Aspiyudin pada Sabtu sebelum ia menjadi tular.

“Saya ada buat video secara langsung mengenai Abah Juhani daripada kumpulan Haji 1 Majalengka. Umur 95 tahun tapi masih bersemangat.

"Minta turun dari kapal terbang katanya nak bagi ayam makan dulu. Bersemangat dan sentiasa tersenyum," tulis pemilik akaun itu.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan seorang pramugari dengan sabar melayan keletah jemaah itu dan berusaha menahannya daripada keluar.

Meskipun kedua-duanya menggunakan bahasa yang berbeza, Juhani berbicara dalam bahasa Jawa, manakala pramugari berkenaan berbahasa Inggeris, namun dia akhirnya berjaya ditenangkan.

Juhani (tengah) bergambar bersama pramugari yang berjaya menenangkannya di dalam pesawat.

Kejadian lucu itu turut mencuit hati para jemaah yang berada di dalam pesawat tersebut. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram