[VIDEO] Persis filem Fast & Furious, Nissan Altima dipandu lebih had laju melambung rempuh 'tow truck'


  • Benua
  • Khamis, 01 Jun 2023

Tangkap layar insiden kemalangan membabitkan sebuah kereta yang tercampak di sebuah jalan raya dekat Geogia. — Agensi

SEORANG pemandu dilaporkan cedera parah selepas kereta dipandunya tercampak dalam kejadian kemalangan yang berlaku di lebuh raya Georgia pada 24 Mei lalu.

Video yang dirakam menerusi kamera badan daripada salah seorang pegawai di tempat kejadian menunjukkan kereta jenis Nissan Altima itu terlebih dahulu memandu dalam keadaan laju sebelum merempuh tanjakan pada sebuah trak tunda.

Kelajuan kereta itu tidak dapat dipastikan namun peraturan had laju ditetapkan di laluan berkenaan menunjukkan kelajuan 104 kilometer (km) sejam.

Begitupun, kenderaan terbabit dipercayai dipandu melebihi had laju ditetapkan sekali gus gagal dikawal ketika merempuh trak tersebut yang kebetulan diparkir di tepi jalan untuk menunda sebuah kereta lain.

Gagal mengawal pemanduan, kereta jenis Nissan Almira 2014 terbabit melambung ke udara pada ketinggian kira-kira 36.5 meter, melewati beberapa buah kenderaan sebelum terhempas ke atas jalan raya.

Pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan itu difahamkan berasal dari Tallahassee, Florida, Amerika Syarikat dan telah dihantar ke hospital susulan kecederaan serius dialami.

Dalam pada itu, seorang lagi pemandu turut dimasukkan ke hospital dan sehingga kini punca kejadian masih belum diketahui. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram