[VIDEO] Lelaki bunuh, kerat teman wanita guna gergaji sempat guna 'Google Translate' cari cara lupuskan mayat


  • Benua
  • Khamis, 18 Mei 2023

Gergaji tangan yang digunakan Lagoda-Filippow untuk mengerat mayat teman wanitanya. — Agensi

SEORANG lelaki warga Poland yang dipercayai membunuh dan mengerat teman wanitanya menggunakan gergaji tangan berjaya ditahan oleh pihak polis Bangkok pada Isnin.

Suspek Jan Jerzy Lagoda-Filippow, 25, ditahan pada Selasa di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok selepas lebih sejam disoal siasat.

Menurut Ketua Balai Polis Wat Phaya Krai, suspek berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri di daerah Aranyaprathet wilayah Sa Kaeo pada malam Isnin dan terus dibawa ke mahkamah pada keesokan harinya.

"Suspek ditahan selepas didakwa membunuh dan memotong mayat Alona Savchenko, 25, dengan gergaji tangan di sebuah kondominium bertingkat di daerah Bang Kholaem.

"Kakitangan kondominium kemudian menemui mayat wanita tersebut dan menghubungi pihak polis. Melalui maklumat yang diterima suspek berjaya ditahan sebelum sempat melarikan diri, " katanya memetik laporan The Bangkok Post.

Sementara itu, memetik laporan media antarabangsa Daily Mail Online, Lagoda-Filippow menggunakan aplikasi Google Translate (Terjemahan Google) untuk meminta bantuan melupuskan Alona Savchenko.

Maklumat awal mendapati suspek mempunyai perniagaan pengiklanan yang didaftarkan di Covent Garden di West End London, dan Savchenko sebelum ini pernah melakukan sesi penggambaran untuknya.

Mangsa tiba di Bangkok pada 29 April lalu dan menghabiskan masa bersama suspek selama beberapa hari sebelum pembunuhan kejam itu berlaku.

Melalui bukti rakaman litar televisyen kamera tertutup (CCTV) premis berkenaan, pasangan itu kelihatan gembira ketika mereka memasuki hotel bersama-sama.

Namun begitu, pengawal keselamatan bangunan tersebut menjadi curiga pada 15 Mei lalu iaitu pada hari kejadian selepas melihat suspek meninggalkan premis tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Lagoda-Filippow juga dilihat membawa sebuah bagasi besar apabila keluar daripada tempat tersebut dengan menaiki sebuah teksi.

Rahsia pembunuhan itu terbongkar selepas pemandu teksi berkenaan mendengar suspek meminta pertolongan aplikasi Terjemahan Google bagaimana cara untuk melupuskan mayat mangsa.

Pemandu teksi tersebut terus menghubungi kakitangan kondominium berkenaan sebelum mereka menemui mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah di atas katil.

Lebih kejam lagi, leher mangsa hampir terputus dan pihak polis turut menemui beberapa kesan tikaman di dada mangsa.

Mereka turut menjumpai gergaji tangan sepanjang 61 sentimeter bersebelahan mayat Alona Savchenko. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram