[VIDEO] Mat rempit berhati kering, selamba tendang kon trafik masa Hari Bebas Kereta


  • Benua
  • Selasa, 09 Mei 2023

Tangkap layar seorang penunggang motosikal menendang beberapa buah kon trafik di laluan jalan raya dekat bulatan Sudirman HI, Jakarta Pusat, Indonesia.

SEORANG penunggang motosikal mencetuskan kemarahan ramai selepas dirakam menendang kon trafik di laluan jalan raya dekat bulatan Sudirman HI, Jakarta Pusat, Indonesia pada Ahad.

Kon trafik yang diletakkan di kawasan tersebut merupakan persiapan bagi menyambut Hari Bebas Kereta (CFD) yang dijalankan pada setiap hujung minggu di kawasan berkenaan.

Dirakamkan oleh salah seorang pemandu kereta di lokasi terbabit, perbuatan itu dipercayai sengaja dilakukan oleh individu tersebut yang dilihat tidak memakai topi keledar.

Sambil menunggang di kawasan itu, si pelaku dilihat menendang satu persatu kon trafik dengan kaki kanannya ketika kejadian.

Susulan perbuatan itu, warganet menggesa pihak polis segera mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dilaporkan oleh pihak polis berhubung perkara berkenaan.

Kon trafik yang diletakkan di laluan tersebut merupakan sejenis alat yang digunakan untuk pengurusan polis trafik yang bersifat sementara.

Kon itu kebiasaannya digunakan untuk mengawal lalu lintas sekiranya ada proses pembaikan jalan, kemalangan ataupun lintasan pelajar sekolah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram