[VIDEO] Akibat brek 'tak makan', motosikal ditunggang pelancong tersangkut atas pokok


  • Benua
  • Sabtu, 06 Mei 2023

Tangkap layar video tular yang memaparkan usaha orang awam dan sukarelawan berusaha menurunkan motosikal tersebut dari atas pokok terbabit dalam insiden di Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia.

ANGKARA kegagalan brek untuk berfungsi, motor dinaiki dua orang pelancong di daerah Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia tersangkut pada pokok selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Video kejadian yang berlaku pada 1 Mei lalu itu kini tular di media sosial.

Menurut beberapa maklumat, motosikal itu dilaporkan ditunggangi seorang lelaki dan wanita yang merupakan pelancong.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kerana brek motosikal tersebut gagal berfungsi ketika menuruni laluan yang curam.

Disebabkan itu, motosikal berkenaan meluncur laju sehingga terbabas ke sebuah benteng di tepi jalan setinggi dua meter.

Insiden tersebut menyebabkan motosikal terbabit kemudiannya tersangkut di sebatang pokok yang berada di sebalik benteng yang dirempuh.

Menerusi video tular itu, penduduk segera membantu bagi menurunkan motosikal.

Kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan patah tulang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram