[VIDEO] Seluruh kampung buntu, budak 3 tahun hilang di kebun nenek gagal ditemui selepas 6 hari


  • Benua
  • Selasa, 02 Mei 2023

Tangkap layar penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak hilang di Indonesia.

KES hilang di alam ghaib ataupun diculik makhluk halus bukanlah satu perkara yang pelik dalam kalangan masyarakat kerana kepercayaan itu sememangnya wujud sejak dahulu lagi.

Sesetengah pihak mungkin berpendapat ia hanya mitos atau pemikiran kolot yang masih diterapkan di zaman serba moden kini, namun sehingga ke hari ini kejadian tersebut masih berlaku dan menjadi tanda tanya.

Situasi serupa boleh digambarkan menerusi perkongsian video di Snackvideo @kittydew yang memaparkan penduduk kampung di Kalijati Subang,Jawa Barat, Indonesia melalui kawasan kebun untuk mencari seorang kanak-kanak yang hilang.

Menurut individu yang berkongsi video berkenaan, kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut hilang sejak enam hari yang lalu dan dipercayai disembunyikan makhluk halus.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, suara tangisan kanak-kanak itu jelas kedengaran namun penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat tidak dapat menjumpainya.

Memetik laporan media antarabangsa, kanak-kanak itu dipercayai hilang di salah sebuah kebun berhampiran rumah neneknya.

Difahamkan, keluarga kanak-kanak tersebut pulang ke kampung untuk bercuti selama beberapa hari.

Kehilangan kanak-kanak itu disedari oleh salah seorang daripada keluarga mangsa pada waktu kejadian.

Pelbagai usaha sudah dilakukan oleh penduduk kampung namun usaha untuk menemui kanak-kanak berkenaan masih gagal.

Video tular tersebut turut menjadi bualan warga maya dan rata-rata dari mereka mendoakan agar kanak-kanak tersebut ditemui dengan selamat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram