ENAM orang disahkan maut dalam satu siri kemalangan lebuh raya di luar bandar Illinois, Amerika Syarikat (AS) berpunca akibat fenomena ribut debu yang menghalang pandangan pengguna jalan raya.
Polis Illinois dalam satu kenyataan berkata, 37 individu lain berumur antara 2 hingga 80 tahun turut dimasukkan ke hospital ekoran kecederaan dialami.
Menurutnya, siri pelanggaran itu dilaporkan berlaku sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu tempaatan), melibatkan 72 kenderaan yang bertimbun di sepanjang kira-kira 3.2 kilometer di kedua-dua arah laluan Interstate-55, Utara Farmersville di negeri tersebut.
"Punca nahas adalah disebabkan angin kencang yang meniup kotoran dari ladang yang merentasi lebuh raya, membawa kepada penglihatan sifar," kata Mejar Polis Illinois, Ryan Starrick.
I55 dust storm and reported 100 car pile up. pic.twitter.com/8VMmmeBqme
— James Lewallen (@JamesLewallenIV) May 1, 2023
Turut terlibat dalam perlanggaran itu ialah dua pelantar besar yang telah terbakar manakala kenderaan jenis komersial serta penumpang menjadi kenderaan yang paling banyak terjejas dalam kejadian tersebut
Dalam kenyataan terbaharunya, polis negeri terbabit berkata, kesemua mangsa maut ditemui di lorong arah utara.
"Ini bukan fenonema pelik. Kejadian ini telah berlaku sebelum ini di pelbagai bahagian di negeri Illinois," kata Ryan.
Bagaimanapun, menurutnya, jumlah kenderaan dan kemalangan jiwa pada kali ini adalah sesuatu yang luar biasa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram