Pemandu kereta plat tentera Indonesia dirakam pukul pengguna jalan lain di plaza tol


  • Benua
  • Khamis, 27 Apr 2023

Tangkap layar kejadian suspek dan mangsa terlibat dalam insiden pergaduhan.

SEORANG lelaki yang memandu kenderaan dengan plat kereta Tentara Nasional Indonesia (TNI) didakwa memukul pengguna jalan raya lain di kawasan Tol Jagorawi, Indonesia baru-baru ini.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial sehingga mendapat perhatian TNI untuk membuka kertas siasatan bagi menyiasat insiden terbabit.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, suspek dan mangsa terlibat dalam satu kemalangan kecil sebelum berlakunya insiden pergaduhan.

Menerusi video yang dimuat naik itu, pertengkaran tersebut menyebabkan beberapa orang termasuk pihak polis turut terlibat untuk meleraikan pergaduhan terbabit.

Menurut jurucakap TNI, Julius Widjojono berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu untuk menentukan sama ada suspek merupakan anggota TNI ataupun tidak.

"Betul, kami sedang membuat pengesahan plat kenderaan yang terlibat," kata Julius.

Tambahnya lagi, nombor plat kenderaan itu tidak jelas dan beliau mengesyaki bahawa suspek merupakan anggota tentera yang palsu.

"Nombor plat tidak jelas, pelik plat kenderaan tersebut bermula dengan huruf B, sebab nombor anggota TNI tidak bermula dengan huruf, sepatutnya nombor 4502-00," jelasnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram