Kartel dadah maut ditembak dalam 'mall', cetus huru-hara


  • Benua
  • Sabtu, 22 Apr 2023

Pengunjung kafe tunduk semasa adegan tembak-menembak berlaku di Plaza Carso, Mexico City. — Agensi.

ADEGAN tembak-menembak dalam dalam sebuah kafe dalam pusat beli-belah Plaza Carso di Mexico City menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengunjung premis tersebut.

Lebih mencemaskan, insiden terbabit turut meragut nyawa seorang lelaki yang merupakan ahli kumpulan kartel dadah.

Ketua Polis Mexico City, Omar Garcia Harfuch berkata, pihaknya mempunyai waran tangkap terhadap mangsa berkaitan kes penyeludupan dadah di Oklahoma.

Menurutnya, mangsa mempunyai kaitan dengan kes jenayah terancang di utara negara tersebut.

Kejadian pembunuhan di kafe tersebut merupakan kes kedua dalam bulan ini di Mexico.

Pada awal bulan ini, seorang lelaki mati diembak di salah sebuah kedai kopi dalam resort di Tulum.

Pendakwa raya berkata, pencuri cuba mengambil jam tangan mangsa terbabit sebelum melepaskan tembakan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram