[VIDEO] 'Dah macam taman tema air', penduduk mandi lumpur tanda protes jalan rosak masih tidak dibaiki


  • Benua
  • Isnin, 13 Mac 2023

Aksi penduduk yang bermandi lumpur di jalan yang dipercayai mengalami kerosakan sejak beberapa tahun lalu. — Agensi

TULAR satu video memaparkan sekumpulan penduduk melakukan aksi mandi lumpur di tengah-tengah jalan di daerah, Rumbia, Lampung Tengah, Indonesia.

Tindakan itu dibuat sebagai isyarat bantahan oleh penduduk di kawasan itu selepas jalan berkenaan yang mengalami kerosakan sejak sekian lama masih belum dibaiki.

Menerusi klip tersebut, seorang wanita dilihat mengkritik keadaan jalan tersebut yang masih tidak berubah dan diperbaiki selepas beberapa tahun, malah menjadi semakin teruk.

"Ini yang buat saya malas nak balik Rumbia, nak balik kampung. Macam mana, dari tamat sekolah rendah sampai sekarang masih macam ini.

"Lagi bagus kalau dulu boleh memancing dekat jalan ini, sekarang boleh buat taman tema air, boleh berenang," ujar wanita dalam video itu, seperti dilihat detikNumber pada Isnin.

Dalam video berasingan, wanita yang dikenali sebagai Mira itu bersama beberapa rakannya turut mengambil gambar seperti model ketika bermain di lopak air berkenaan.

Pada masa sama, turut kelihatan dalam beberapa babak lain menerusi video tersebut adalah aksi dia dan rakannya membuat lakonan seperti seorang ibu membasuh pakaian di tepi sungai, sementara terdapat individu lain sedang seronok memancing ikan.

Bercakap kepada media, detiksumut, Mira menjelaskan tujuan video itu dibuat adalah untuk menegur pihak berkuasa sama ada di peringkat daerah mahupun wilayah berkenaan isu tersebut.

"Ya, tidak ada tujuan lain, ini merupakan bentuk luahan hati masyarakat setempat. Sebab ramai yang menghantar mesej kepada saya secara peribadi (berkenaan keadaan jalan tersebut)," katanya ketika mengesahkan video tersebut pada Isnin.

aksi-warga-mandi-di-kubangan-lumpur-jalan-rusak_169

Aksi wanita dalam video tular itu yang bermandi lumpur di daerah, Rumbia, Lampung Tengah, Indonesia.sebagai tanda protes terhadap pihak berkuasa. — Agensi

Di jalan yang rosak itu, Mira mendakwa kemalangan seperti lori terbalik sering berlaku.

"Pernah ada lori terbalik di jalan tersebut, akhirnya kami tergerak hati untuk berbuat aksi begini, Supaya jalan itu dibaiki dan tiada lagi orang yang menjadi mangsa," jelasnya.

detiksumut masih cuba mendapatkan respons daripada Ketua Daerah Lampung Tengah, Musa Ahmad berkenaan isu tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram