Singapura miliki sebab bina 'bomb shelter' di setiap rumah


  • Benua
  • Jumaat, 17 Feb 2023

Akta Tempat Perlindungan Pertahanan Awam menetapkan setiap rumah dan juga flat yang baru dibina perlu mempunyai tempat perlindungan bom. — Agensi

JIKA tinggal di Singapura, anda mungkin menyedari bahawa ada sesetengah rumah atau kawasan kediaman mempunyai tempat perlindungan bom (bomb shelter).

Anda tidak salah kerana ruang berkenaan memang menjadi keperluan bagi setiap rumah atau kediaman yang dibina di negara itu selepas 1997.

Ini kerana pada tahun berkenaan, Akta Tempat Perlindungan Pertahanan Awam menetapkan setiap rumah dan juga flat yang baru dibina perlu mempunyai tempat perlindungan bom.

Tempat perlindungan itu pula terletak sama ada di dalam kediaman atau tempat awam yang boleh diakses oleh penduduk.

Mengikut sejarah, akta berkenaan diperkenal selepas mengkaji situasi yang dihadapi oleh negara-negara yang terlibat dalam peperangan Teluk pada 1991.

Tujuan utama rumah perlindungan juga adalah untuk melindungi penghuni daripada serpihan letupan semasa pengeboman. — Agensi

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Wong Kan Seng dalam satu sidang Parlimen berkata, akta berkenaan akan memberikan jaminan pelindungan kepada semua warga Singapura daripada sebarang kemungkinan.

Ia juga sebagai jaminan psikologi kepada anggota tentera bahawa anggota keluarga mereka selamat dan dilindungi apabila mereka dikerah ke barisan hadapan.

Selain itu, tempat perlindungan bom dalam rumah pula membenarkan mereka yang tidak berkemampuan, terutama warga emas mencari tempat perlindungan lebih cepat.

Tempat perlindungan bom dalam rumah pula membenarkan mereka yang tidak berkemampuan, terutama warga emas mencari tempat perlindungan lebih cepat. — Agensi

Tujuan utama rumah perlindungan juga adalah untuk melindungi penghuni daripada serpihan letupan semasa pengeboman.

Serpihan berterbangan dan serpihan kaca biasanya menjadi punca kematian dan kecederaan utama kebanyakan mangsa dalam insiden letupan bom.

Setakat ini terdapat sejumlah 54 stesen MRT dibina untuk berfungsi sebagai tempat perlindungan awam semasa kecemasan perang.

Tempat perlindungan bom juga boleh ditemui di 19 Pusat Komuniti yang terdapat sekitar negara pulau itu. Kemudahan berkenaan biasanya digunakan untuk tujuan lain ketika di luar waktu perang, antaranya dijadikan sebagai pusat tuisyen.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram