KETIKA Pakistan sedang berhadapan dengan kemelut krisis ekonomi, namun imej berbeza ditonjolkan di beberapa tempat di negara tersebut.
Ia selepas tular satu video pemandangan menyaksikan terdapat pengguna lebuh raya melemparkan keluar wang kertas dari dalam kereta ke atas jalan raya.
Klip itu menunjukkan sebuah konvoi antaranya terdiri daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) sedang bergerak di atas lebuh raya berkenaan sambil menabur wang ke luar daripada kereta.
Individu tersebut pada awalnya mengeluarkan wang tunai dengan nilai yang kecil sebelum menukarkanya kepada jumlah agak besar apabila tiba di kawasan lebuh raya yang agak sibuk.
Terdapat beberapa individu berada di sekitar juga dilaporkan berpusu-pusu bertindak memungut wang kertas tersebut di atas jalan berkenaan.
Ritual menabur wang merupakan upacara popular negara tersebut dengan ia disifatkan sebagai tindakan menunjuk-nunjuk bagi meraih pujian.
Baru-baru ini, turut menarik perhatian di sosial media di negara itu adalah sebuah majlis perkahwinan yang menyaksikan ahli keluarga pengantin menabur wang kertas dari atas bumbung dewan acara di bandar, Mandi Bahauddin.
A wedding in Mandi Bahauddin. Imagine the difference between rich and poor in this country! pic.twitter.com/7TtYpv0zJO
— Ahsan Hamid Durrani (@Ahsan_H_Durrani) January 10, 2023
Ciapan berkongsikan video tersebut pada 10 Januari lalu itu turut diiringi dengan kapsyen, "Bayangkan perbezaan antara kaya dan miskin di negara ini." — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram