Letupan ketika solat Zuhur berjemaah korbankan 17 nyawa, 90 lagi cedera


  • Benua
  • Isnin, 30 Jan 2023

Kesan letupan yang berlaku ketika solat zuhur di sebuah masjid di Peshawar, Pakistan. — Agensi

SERAMAI 17 mangsa maut manakala 90 lain cedera dalam satu kejadian letupan di Peshawar, Pakistan pada Isnin.

Pegawai polis, Sikandar Khan berkata, kejadian berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat Zuhur di sebuah masjid.

"Sebahagian daripada struktur bangunan runtuh dan beberapa orang dipercayai berada di bawah runtuhan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Peshawar, Ijaz Khan berkata, pihaknya sedang mengawal dan melakukan kerja-kerja menyelamat.

Jelasnya, dakwaan yang mengatakan letupan berpunca daripada pengebom berani mati juga sedang disiasat kerana kesan letupan ditemukan di dalam masjid.

Tambahnya, letupan juga berhampiran dengan sebuah kawasan perumahan polis yang menempatkan kira-kira 260 orang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram