
SEKURANG-kurangnya 11 orang terkorban manakala lebih 70 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah bangunan di Dhaka, Bangladesh, lapor AFP.
Menurut seorang pegawai bomba tempatan yang bercakap kepada Reuters, letupan berkenaan berlaku di kawasan pasar yang sesak di bandar raya tersebut.
Bagaimanapun, pegawai itu berkata, punca letupan belum dikenal pasti dan menambah mangsa korban berkemungkinan meningkat kerana operasi menyelamat masih sedang dijalankan.
#BREAKING: At least six people killed, more than 100 others injured in large explosion on major street in Dhaka, Bangladeshpic.twitter.com/lYFEnAWHG0
— I.E.N. (@BreakingIEN) March 7, 2023
Media tempatan, bdnews24 melaporkan lima unit pemadam kebakaran dikejarkan ke tempat kejadian selepas letupan berlaku sekitar pukul 4:50 petang waktu tempatan.
Inspektor polis, Bacchu Miah memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 45 mangsa cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Jurucakap bomba turut melaporkan bahawa tiada kebakaran susulan berlaku di bangunan terjejas itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram