[VIDEO] Wang bertimbun di pentas, pekerja kren di China dapat bonus paling tinggi RM4 juta seorang


  • Benua
  • Rabu, 01 Feb 2023

Tangkap layar memaparkan pekerja syarikat Henan Company menerima bonus akhir tahun yang banyak pada majlis tahunannya. — Agensi

SEBUAH syarikat pengeluar dan menjual kren, Henan Mine di China baru-baru ini menjadi menjadi tular di Weibo kerana memberikan bonus berjumlah S$14 juta (RM59 juta) kepada pekerjanya dalam satu upacara tahunan, lapor akhbar berita China Dushikuaibao.

Menurut pengurus publisiti syarikatnya yang dikenali sebagai Feng, sebanyak S$11.8 juta (RM50 juta) bonus akhir tahun diberikan kepada pekerja yang layak semasa majlis pada 17 Januari lalu.

"Baki wang tersebut diberikan semasa pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat itu pada hari berikutnya," katanya pada Dushikuaibao.

Menerusi video tular yang dikongsikan oleh Dahebou, duit tersebut disusun di atas pentas sebelum menyerahkannya sebagai bonus akhir tahun kepada pekerja-pekerja yang layak.

Malah, beberapa timbunan wang tersebut kelihatan sangat berat sehinggakan dua pekerja syarikat berkenaan dirakam mengambil duit tersebut yang diletakkan di atas dulang khas.

Salah seorang penerima juga boleh dilihat menjatuhkan timbunan wang tunai secara tidak sengaja di atas lantai ketika berjalan di luar pentas kerana dia membawa terlalu banyak wang kertas di tangannya.

Menurut Feng, kebanyakan pekerja yang hadir pada majlis tahunan itu dari bahagian jualan, dan kira-kira 40 pekerja membawa pulang sejumlah S$11.8 juta (RM50 juta).

"Tiga jurujual menerima bonus tertinggi iaitu sebanyak S$972,515 (RM4 juta) setiap seorang kerana membuat lebih daripada ratusan juta jualan untuk syarikat itu.

"Malah salah seorang daripada mereka berjaya menjual kren bernilai lebih S$58.3 juta (RM2 juta).

"Bonus yang diberikan secara peribadi pada pesta tahunannya adalah lebih daripada S$194,552 (RM800,000) seorang," katanya.

Selain daripada bonus, pihak syarikat turut menjemput pekerja menyertai pertandingan mengira wang pada 18 Januari lalu di mana mereka boleh mengambil sebarang jumlah wang tunai selagi mereka berjaya mengiranya dengan tepat dalam masa 15 minit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram