Putin hantar lebih 100 penari bogel layan tentera Rusia sempena ulang tahun pertama ceroboh Ukraine


  • Benua
  • Isnin, 30 Jan 2023

Komander-komander kanan diarahkan menganjurkan acara hiburan sempena ulang tahun pertama pencerobohan di Ukraine.

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin didakwa mengarahkan penghantaran penari-penari bogel untuk memberi semangat kepada tenteranya sebelum serangan seterusnya pada musim bunga tahun ini, lapor Daily Star baru-baru ini.

Tindakan itu dibuat ketika Kremlin mengumumkan pemberian pingat kepada semua askar Rusia yang dikerahkan dalam operasi ketenteraan khas.

Komander-komander kanan diarahkan untuk menganjurkan acara hiburan itu ketika tentera Putin bakal menghampiri ulang tahun pertama pencerobohan di Ukraine.

Lebih 100 gadis akan dibawa menaiki beberapa helikopter untuk satu siri ‘pertunjukan konsert’ di pangkalan bekalan di seluruh Donbas di mana tentera diberi rehat lima hari dan menjalani pemulihan.

Peti-peti bir dan sosej Rusia akan dihantar kepada tentera dan perarakan istiadat dijangka berlangsung pada 24 Februari depan untuk menandakan permulaan serangan Rusia.

Berita mengenai penghantaran penari itu didedahkan di media sosial oleh seorang pegawai Rusia yang mengumumkan bahawa pasukan tentera akan mendapat kejutan istimewa.

Wira kami akan dihiburkan dengan pesta istimewa oleh penari tiang, bir dan makanan sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan mereka.

“Acara itu diadakan sebagai sebahagian daripada tempoh rehat askar dan bertujuan untuk meningkatkan semangat tentera yang telah berjuang di barisan hadapan,” demikian menurut hantaran pegawai itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram