PENGGUNA Twitter boleh merayu untuk mendapatkan semula akaun yang disekat dan akan dinilai di bawah kriteria baharu media sosial mulai 1 Februari, kata syarikat itu pada Jumaat.
Di bawah kriteria baharu syarikat milik bilionair, Elon Mask, akaun Twitter hanya akan disekat kerana pelanggaran berat atau berterusan dan berulang terhadap dasar platform.
Pelanggaran dasar yang berat termasuk terlibat dalam kandungan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang, menghasut atau mengancam keganasan atau bahaya, dan terlibat dalam gangguan disasarkan pengguna lain.
Twitter berkata, pada masa depan, ia akan mengambil tindakan yang kurang berat, berbanding dengan sekatan akaun, seperti mengehadkan capaian hantaran yang melanggar dasarnya atau meminta pengguna mengalih keluar hantaran sebelum terus menggunakan akaun tersebut.
Disember lalu, Musk mendapat kecaman selepas menyekat akaun Twitter milik beberapa wartawan terkemuka, atas dakwaan mendedahkan lokasi masa nyata (real time) jutawan itu selepas mengadakan tinjauan di media sosial berkenaan.
Dia kemudian menarik semula keputusan itu dengan memulihkan kembali akaun terbabit. — Reuters
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram