VARIASI asteroid menghiasi ruang angkasa. Ada antaranya yang menarik perhatian iaitu Asteroid 2023 yang baru ditemui pada akhir 2023 oleh pakar astronomi, Gennadly Borisov di Nauchnyi, Krimea.
Dianggarkan memiliki saiz sebesar bas mini, batu angkasa lepas itu dikenali sebagai 2023 BU melewati ruang angkasa Amerika Selatan kira-kira pukul 12.30 malam Khamis (waktu tempatan).
Dengan memiliki jarak sekitar 3,600 kilometer (km) (2,200 batu), kedudukan batu angkasa itu dikatakan agak dekat dengan bumi.
Pemerhatian terperinci dilakukan bagi mengetahui posisi orbit dan saiz 2023 BU memandangkan batu terbabit menghampiri satelit telekomunikasi dunia yang terletak 36,000km di angkasa dari bumi.
Kedudukan batu tersebut berada pada kedudukan paling rendah pada 7.27 petang (waktu tempatan) pada Khamis atau 12.27 tengah malam (waktu tempatan) pada Jumaat.
Dengan anggaran saiz 3.5 meter (m) hingga 8.5m (11.5 kaki hingga 28 kaki), batu itu berkemungkinan besar berpotensi menghancurkan atmosfera dan menghasilkan ekor api yang menakjubkan.
Terdahulu, meteor Chelyabinsk pernah memasuki bahagian atmosfera bumi di Selatan Rusia pada 2013 dan berada di kedudukan 20m (66 kaki) melintang.
Para saintis agensi angkasa Amerika Syarikat, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan orbit 2023 BU yang mengelilingi matahari sudah mengubah haluan menjadi berhampiran dengan bumi disebabkan tarikan graviti bumi yang mempengaruhi haluannya berubah.
Satu batu angkasa dikatakan bersaiz sebuah bas mini yang akan menghampiri bumi.
"Sebelum menemui bumi, batu ini mengelilingi matahari dalam kedudukan bulat sehinggalah menghampiri orbit bumi, mengambil masa 359 hari untuk melengkapkan pusingan mengelilingi matahari.
"Selepas pertemuannya, orbit batu tersebut akan menjadi lebih memanjang dan bergerak keluar kira-kira berada pada kedudukan berhampiran dengan orbit orbit bumi dan Marikh pada titik paling jauh dari matahari. Disebabkan itu batu terbabit akan melengkapkan satu orbit setiap 425 hari," kata agensi itu dalam satu kenyataan.
NASA turut menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada wujud batu yang lebih besar dan berkemampuan untuk menghancurkan bumi. Sebelum ini terdapat batu selebar 12km termasuk 150m melintang ditemui,
Anggaran statistik menunjukkan kira-kira 40 peratus asteroid sudah dilihat dan dinilai untuk menentukan tahap ancaman yang mungkin timbul.
Memetik laporan BBC News, Profesor Don Pollacco dari Universiti Warwick, United Kingdom memberitahu, masih terdapat asteroid yang melintasi orbit bumi menunggu masa untuk ditemui.
"2023 BU ialah objek yang ditemui baru-baru ini kononnya bersaiz bas mini yang sudah melewati bumi beribu-ribu kali sebelum ini. Kali ini ia melalui hanya 2,200 batu dari bumi dan hanya satu peratus daripada jarak ke bulan.
"Bergantung pada komposisi 2023 BU, ia tidak mungkin sampai ke permukaan bumi, tetapi sebaliknya terbakar di atmosfera sebagai bola api.
"Bagaimanapun, kemungkinan besar terdapat banyak asteroid di luar sana yang masih belum ditemui yang boleh menembusi atmosfera bumi dan menyebabkan kerosakan ketara," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram