[VIDEO] Polis AS perjelas tindakan anggota 'smackdown' lelaki atas jalan


  • Benua
  • Rabu, 25 Jan 2023

Tangkap layar rakaman seorang lelaki di hempas ke atas jalan raya oleh anggota polis.

PASUKAN penyiasat polis memfailkan permintaan rekod awam terhadap satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang anggota polis membaling lelaki ke jalan.

Rakaman terbabit menunjukkan pegawai awam berkenaan berdiri membelakangkan seorang lelaki yang ketika itu sedang menghadap ke sisi kereta.

Kemudian, anggota polis terbabit mengangkat lelaki itu dan menghempasnya ke atas jalan raya.

Insiden tersebut membuatkan pengguna media sosial berasa tidak puas hati dan dikatakan mampu mengganggu emosi individu melihatnya.

"Kejadian itu turut dilihat oleh kanak-kanak dan mereka berasa takut.

"Adakah mereka tidak mempunyai cara lain untuk menangkap suspek di khalayak umum," komen pengguna media sosial.

Disebabkan itu, polis Fort Wayne, Indiana, Amerika Syarikat membuat penjelasan dan mendedahkan suspek merupakan Omar Ortiz, 23.

majoriti2023 (4)

Omar Ortiz

Berdasarkan pemeriksaan, kandungan alkohol dalam badan Ortiz melebihi daripada tahap yang dibenarkan untuk memandu.

Ortiz turut dikatakan cuba untuk melarikan diri sehingga menyebabkan anggota polis, Michael Merez terpaksa menggunakan kekerasan.

Setelah digari dan dibawa ke balai polis, Ortiz ditawarkan untuk rawatan perubatan, namun dia enggan.

Perlu ditegaskan memandu dalam keadaan mabuk antara satu kesalahan jalan raya yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram