[VIDEO] Petani menderita lebih 8 tahun akibat serpih peluru tertusuk bawah mata


  • Benua
  • Rabu, 25 Jan 2023

Seorang petani menanggung derita selama lapan tahun akibat besi tertusuk di bawah kelopak matanya. — Agensi

SEORANG lelaki di Indonesia menderita selama lebih lapan tahun apabila mata sebelah kanannya tertusuk besi.

Hanya dikenali sebagai Sarimudin, petani kelahiran Sumatera itu berkata, kejadian tersebut berlaku semasa dia bekerja sebagai petani di sebuah kebun sebelum ini.

Jelasnya, insiden tersebut berlaku ketika dia bersama rakannya cuba menembak seekor khinzir yang memasuki kawasan kebun.

Namun peluru yang digunakan meletup secara tiba-tiba di dalam senapang yang digunakan.

Lebih malang lagi, serpihan peluru itu tertusuk di bawah kelopak mata kanannya.

Sejak dari detik itu, Sarimudin tidak pernah menerima sebarang rawatan kerana kekurangan wang.

Menurutnya, tiada seorang pun penduduk mahupun jiran tetangga yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya dan lebih menyedihkan, pusat kesihatan kampung juga tidak mengambil sebarang tindakan.

"Saya tidak mampu dan sehingga kini ketua kampung mahupun pusat kesihatan tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada saya," katanya.

Kini, hanya mata sebelah kirinya sahaja yang berfungsi dan boleh melihat manakala mata kanannya tertutup akibat tersangkut objek besi berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram