Remaja 14 tahun maut dihempap pokok di taman permainan di Kuantan


  • Podium
  • Jumaat, 20 Jan 2023

Anggota bomba melakukan pembersihan sisa pokok tumbang yang menghempap seorang remaja perempuan dalam kejadian di Balok Baru 1 pada Khamis. — Bomba

SEORANG remaja perempuan meninggal dunia dipercayai dihempap pokok tumbang di Taman Permainan Balok Baru 1 di Kuantan, Pahang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa mangsa berumur 14 tahun itu pada pukul 9 malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani pula berkata, tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng telah dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.35 petang.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa perempuan telah dihempap pokok, pasukan bomba telah memberikan bantuan awal sebelum mangsa dihantar ke hospital dengan kenderaan keluarganya,” menurut beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, kejadian pokok tumbang itu juga mengakibatkan empat kenderaan dan kabel elektrik terjejas. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pahang, polis, bomba, pokok, tumbang