[VIDEO] Detik mencemaskan lelaki tua berdepan 3 minah penyeluk saku bertudung hitam di pasar raya terkemuka dirakam CCTV


  • Benua
  • Khamis, 19 Jan 2023

Warga emas menjadi mangsa 3 penyeluk saku di sebuah pasar raya ketika sedang sibuk membeli sayur di London pada Isnin. — Agensi

TIGA wanita menjadikan seorang lelaki yang juga warga emas berumur 60 tahun sebagai sasaran untuk mencopet di Barat London, Britain pada Isnin.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya itu menunjukkan ketiga-tiga mereka memainkan peranan masing-masing.

Mereka dilihat berada di bahagian kiri, kanan dan belakang mangsa. Salah seorang mereka menarik perhatian mangsa dengan berbual-bual sementara seorang lagi sibuk memilih sayur-sayuran di rak.

Sementara itu, seorang lagi cuba menyeluk saku jaket mangsa dengan perlahan dan berhati-hati dari belakang.

Pihak polis masih melakukan siasatan selain tidak menolak berdepan dengan kesulitan kerana ketiga-tiga mereka mengenakan topeng muka sementara dua daripada mereka mengenakan tudung berwarna hitam. Kejadian jenayah itu dipercayai hanya mengambil masa kurang daripada dua minit.

Bagaimanapun jumlah kerugian mangsa masih belum dapat diketahui. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram