[VIDEO] Suspek pegang pistol tangan kiri kanan sempat rompak RM6,000 sebelum tembak mati 'pak guard'


  • Benua
  • Sabtu, 14 Jan 2023

Tangkap layar lelaki berkenaan dilihat mengacukan pistol sebelum menembak mati pegawai keselamatan sebuah bank di India baru-baru ini.

MACAM main game Counter Strike, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki bertopeng merompak lebih 10 lakh (RM6,000) berhampiran sebuah bank di jejambat Wazirabad di Delhi Utara, India pada petang Selasa.

Menerusi video berkenaan menunjukkan dua pegawai bank sebelum itu membawa beg tunai dari van untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin ATM Bank ICICI.

Pada pukul 7.14 petang waktu Malaysia, seorang lelaki yang memakai topeng kemudiannya perlahan-lahan berjalan ke van yang diletakkan di depan ATM itu.

Beberapa minit kemudian, pintu van dibuka apabila pemandu melompat keluar dan melarikan diri ketika lelaki bertopeng itu menembak pengawal keselamatan.

Malah, dalam kejadian tersebut juga, suspek turut menembak pengawal keselamatan ATM, Udaypal Singh, 55, yang disahkan meninggal dunia di sebuah hospital.

Berbekalkan pistol di kedua-dua tangan, lelaki itu kemudian menoleh ke arah dua pegawai di dalam kios ATM ketika mereka cuba melarikan diri.

Dia memberi isyarat kepada mereka untuk kembali ke kiosk dan membawa keluar beg tunai.

Salah seorang lelaki mengheret beg itu keluar dari ATM dan segera melarikan diri.

Selepas itu, perompak itu mengambil beg dan berjalan pergi dengan pistol masih di tangannya.

Dalam pada itu, polis mengesahkan bahawa lelaki itu mencuri wang tunai sebanyak 10.78 lakh (RM6,000) dan pencarian sedang dijalankan untuk menangkap suspek. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram