[VIDEO] Nasib mangsa tak diketahui, SUV masuk laluan bertentangan 'bersepai' rempuh lebih 5 kenderaan


  • Benua
  • Khamis, 12 Jan 2023

Tangkap layar kemalangan jalan raya sebuah kenderaan yang memasuki laluan bertentangan di Amerika Syarikat.

PEKA dan berhati-hati ketika memandu penting bagi menghintarkan diri daripada terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Biarpun sudah mengambil pendekatan berjaga-jaga, perkara tidak diingni tetap boleh berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu lain.

Itulah yang berlaku apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) memasuki laluan bertentangan dan merempuh lebih lima kenderaan.

Insiden itu dirakam kamera papan pemuka sebuah lori yang turut menjadi mangsa kemalangan terbabit.

Berdasarkan rakaman yang tular di media sosial itu, beberapa kenderaan dipandu seperti biasa sebelum sebuah SUV berwarna hitam memasuki laluan bertentangan merempuh dua kereta sedan.

Melihat keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Texas, Amerika Syarikat itu, pengguna media sosial meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan mangsa terlibat.

Difahamkan pihak berkuasa tempatan sedang melakukan siasatan terhadap pemandu terbabit.

Keadaan mangsa dan pemandu berkenaan masih belum diketahui.

Rakaman video yang dimuat naik ke Twitter itu mendapat lebih 40,000 tontonan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram